Mix (stesen radio)

MIX (dahulu dikenali sebagai Mix FM)[1] merupakan stesen radio berbahasa Inggeris di bawah pengurusan Astro Radio, anak syarikat bahagian radio Astro.Hasil kajian pendengar radio oleh Nielsen Media Research yang dikeluarkan pada 2008, MIX menjadi radio Inggeris No. 2 di Malaysia, dan mempunyai pendengar radio berpendapatan tinggi dengan 70 peratus pendengarnya daripada keluarga berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan, dan 80 peratus adalah pendengar 'urban'.